KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini
Share | 
 

 Tempat Menarik di Western Australia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mizie



Posts: 32
DUIT gempakZ: 68
REPUTASI: 0
Join date: 2010-05-28

PostSubject: Tempat Menarik di Western Australia   Fri May 28, 2010 5:17 pm



Australia Barat atau Western Australia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Bandar Perth merupakan pintu masuk utama ke Australia Barat melalui jalan udara. Bagi memudahkan anda untuk mendapatkan maklumat lebih tepat dan terperinci mengenai tempat-tempat yang menarik di Australia Barat, berikut adalah beberapa pautan laman web yang boleh membantu anda :

* http://www.westernaustralia.com
* http://www.australianexplorer.com/tourist_attractions_western_australia.htm
* http://www.about-australia.com/western-australia
* http://www.westernaustraliaholidays.com.au/attractions.html
* http://australia.shopsafe.com.au/western_australia_attractions_28.htm
* http://www.thewheelofperth.com.au


Jika ada sesiapa yang ada info mengenai Australia leh sam-sama updates.. tentang tempat menarik, Budaya, bahasa dan sebagainya.. atau nak menceritakan tentang pengalaman berana di sana

Laluan Pelancongan Selatan yang Hebat

Melbourne – Lorne – Port Fairy – Halls Gap – Melbourne
Perjalanan 4 hari dengan kenderaan

Laluan Pelancongan Selatan yang hebat mengubah suasana romantik perjalanan kepada kisah percintaan yang hebat. Memandu di sepanjang Great Ocean Road melewati tempat luncur air yang menjadi legenda di Torquay dan Bells Beach, kemudian teruskan perjalanan ke syurga percutian di Lorne dan Twelve Apostles yang amat mengagumkan. Berjalan melalui air terjun dan hutan rimba di Taman Negara Otway dan saksikan ikan paus dari pekan Warrnambool yang bersejarah. Panjangkan perjalanan anda dengan menginap di mana-mana pekan di sepanjang pantai yang indah dan damai dari Apollo Bay hingga ke Port Fairy. Jauh ke daratan dari Lautan Selatan yang ganas dan berangin kencang, anda boleh menjelajahi sejarah Orang Asli Australia di Grampians dan warisan kerubut emas di Ballarat.




Melbourne ke Torquay

Memandu melintasi bonggol The You Yangs yang tersendiri dan masuk ke pelabuhan Geelong yang cantik. Di luar pusat kota, terdapat jalan susur ke Great Ocean Road dan Torquay – pekan luncur air yang terkenal dengan muzium luncur air yang terbesar di dunia. Lepas bebas di tempat luncur air yang kudus berdekatan Bells Beach.

Torquay ke Lorne

Tatkala anda meluncuri garis pesisir pantai barat daya yang dramatik, anda akan dapati sukar untuk mempercayai bahawa tentera Perang Dunia Ke-2 yang kembali telah menarah Great Ocean Road dari cenuram menggunakan beliung, penyodok dan tuil besi. Sebuah tugu peringatan yang didirikan sebagai memperingati usaha mereka terdapat tidak jauh dari taman permainan pinggir pantai Lorne. Di sini, anda boleh meluncur ombak, memancing, berjemur di pantai yang keemasan atau minum kopi di salah sebuah kafe pertama Victoria. Penginapan mewah melimpahi hutan sekeliling, dan terdapat denai berjalan kaki yang popular untuk ke air terjun yang menuruni celah Otway Range.

Lorne ke Port Fairy


Dalam perjalanan berkereta ke Teluk Apollo, anda akan lihat cenuram yang berceranggah menganjur turun ke lautan di satu sisinya dan ke taman negara di sebelah lagi. Terokai hutan hujan purba, kawasan semak heath, gua cacing kalimantang dan air terjun yang hebat di Taman Negara Great Otway dengan meredah belukar atau menunggang motosikal. Kunjungi Rumah Api Cape Otway yang berusia 150 tahun dan berkelah di Pantai-Pantai Paradise dan Shelly. Tatkala anda terus mengelilingi pantai, anda akan nampak menara batu kapur Twelve Apostles yang berceranggah dan menjulang tinggi. Nikmati pemandangan yang menakjubkan dan ambil gambar semahu-mahunya dari dua laluan pejalan kaki yang mudah. Teruskan berjalan sepanjang laluan yang terbentang yang dikenali sebagai Shipwreck Coast untuk ke laut ganas yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 700 kapal terhempas pada batu-batan di perairan ini. Pandu melewati Warrnambool, bandar melihat paus yang bersejarah dalam perjalanan anda ke kampung indah, Port Fairy. Di sini anda boleh melihat koloni anjing lautterbesar Australia dan dekati dolfin, paus dan jerung dari sebuah bot.

Port Fairy ke Halls Gap

Lawatan ke pantai mungkin telah tamat, tetapi masih banyak lagi tempat menarik yang menanti anda. Melencong sedikit untuk melihat tiub lava di Gua Byaduk di Taman Negeri Gunung Napier. Atau teruskan perjalanan ke utara ke Dunkeld dan lihat padang lumba yang diapit oleh puncak Grampians selatan. Banjaran batu pasir ini masih boleh dilihat sepanjang perjalanan berkereta anda ke pusat pelancong Halls Gap, yang dikelilingi oleh banjaran Wonderland dan Mount William. Menginap di sini dengan pilihan dari vila 5 bintang hingga tempat perkhemahan asas dan jelajahi banyak lagi tarikan utama Grampians. Susuri denai pejalan kaki seperti Venus Baths, Boronia Peak dan Chatauqua, dan lawati tempat peninjau Boroka dan Reed, Air Terjun McKenzie, Tasik Bellfield dan tempat perkelahan Zumsteins yang indah. Ketahui tentang pelbagai budaya Orang Asli setempat di Pusat Budaya Brambuk dan lawati tapak seni batu Orang Asli purba.

Halls Gap ke Melbourne

Hala ke utara ke arah lapangan emas dan berhenti di pertengahan jalan di Stawell, di mana lumba jalan kaki yang paling terkenal di Australia diadakan setiap Hari Easter. Ketahui tentang sejarah pencari gali China di pekan kerubut emas Ararat yang berdekatan. Kemudian, nikmati saat Eureka anda apabila anda menghala ke Ballarat, pusat lapangan emas Victoria. Jelajahi jalan dengan deretan pohon yang indah dan bangunan awam yang megah berdiri, tinggalan ledakan perlombongan emas pada tahun 1850an. Kenang kembali kenangan lampau di Sovereign Hill, muzium hidupan di mana anda boleh mendulang emas bersama sukarelawan berpakaian zaman tersebut. Seterusnya, ketahui tentang lonjakan saham Eureka yang terkenal di Bursa Saham Perlombongan. Perjalanan berkereta anda yang sukar dilupakan ini tamat di sini apabila anda bertolak pulang ke Melbourne melalui pekan Trentham dan Blackwood yang memukau pandangan. Jelas sekali bahawa segala yang menarik tetap ada penghujungnya.


sumber: http://www.australia.com/my/itineraries/vic_great_southern_touring_route.aspx
Back to top Go down
mizie



Posts: 32
DUIT gempakZ: 68
REPUTASI: 0
Join date: 2010-05-28

PostSubject: Re: Tempat Menarik di Western Australia   Fri May 28, 2010 5:17 pm

Sydney kota pelancongan

Selain pelbagai tempat menarik, kewujudan lebih 200 restoran halal tarik minat pengunjung Islam

MELANCONG ke luar negara memang menjadi impian setiap orang. Bagaimanapun, bagi umat Islam, kadang kala kesukaran mencari makanan halal ketika melancong ke negara bukan Islam sering membantutkan hasrat mereka untuk berbuat demikian.

Sebenarnya masalah itu bukan alasan sebenar jika mereka yang ingin melancong ke negara bukan Islam menjalankan sedikit kajian dengan ‘mengintai’ mana-mana laman wed badan pelancongan negara berkaitan atau pertubuhan Islamnya.

Ini dilakukan penulis ketika diberi peluang melancong ke Sydney, New South Wales atas undangan Tourism Australia, baru-baru ini.

Memang melegakan kerana ada lebih 200 restoran makanan halal di kota metropolitan itu yang diusahakan umat Islam keturunan Lubnan, Arab, Pakistan, India, Indonesia atau dari Malaysia yang sudah lama bermastautin di negara berkenaan.

Sydney bukan asing bagi masyarakat Malaysia. Jika anda toleh ke kiri atau ke kanan, anda pasti dapat melihat wajah rakyat negara ini, terutama keturunan Melayu dan Cina. Malah, ramai pelajar kita yang belajar di Universiti New South Wales (UNSW), Sydney.

Lebih menyeronokkan penulis berpeluang menemubual Pengerusi Badan Pensijilan Halal Australia, Mohamed El-Mouelhy. Dalam pertemuan itu beliau mengesahkan umat Islam tidak perlu risau mendapatkan makanan halal di kota metropolitan itu.

“Lebih 200 restoran makanan halal wujud di sini. Malah, apa yang dipraktikkan di Australia mempunyai persamaan dengan Malaysia kerana sebelum sesebuah restoran atau pasar raya itu mendapat pengiktirafan halal, pihaknya menggariskan beberapa syarat yang harus dipatuhi oleh pemilik premis berkenaan.

“Contoh, sesebuah premis yang ingin mendapatkan sijil halal perlulah mengemukakan permohonan dan selepas itu pihaknya akan menjalankan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan merangkumi pembekalan makanan, bahan yang digunakan untuk memasak dan sekiranya mereka menyediakan masakan berasaskan daging, pihaknya akan pergi menyiasat rumah penyembelihan yang membekal daging itu.

Menurut undang-undang kerajaan Australia, mereka yang didapati mengeksploitasi sijil halal boleh didenda sehingga A$100,000 (RM270,000).

Bagi pelancong Islam yang ingin mendapat maklumat lanjut berhubung makanan halal di Australia, mereka boleh melayari laman web www.halalauthori ty.org atau www.halalhelpline.org.

Apa istimewanya Sydney? Kota metropolitan itu sebenarnya menawarkan pelbagai destinasi menarik yang mesti dilawati. Antaranya Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge, Akuarium Sydney, Pantai Bondi, Masjid Gallipoli, The Rocks Market, Paddy’s Market, The Australia Reptile Park, Taman Marks dan pelbagai lagi.

Sydney Opera House atau Rumah Opera Sydney mempunyai reka bentuk bangunan abad ke-20 yang unik dan terkenal. Rumah opera ini yang juga terletak berdekatan dengan Sydney Harbour Bridge di Darling Harbour menjadikan kedua-duanya sebagai mercu tanda untuk Australia.

Rumah opera ini memiliki daya tarikan dengan reka bentuk bersumberkan cengkerang laut. Selain daripada objek pelancongan, rumah opera ini juga menjadi tempat untuk pelbagai pertunjukkan teater muzikal, opera, balet dan lain-lain seni teater. Reka bentuknya berdasarkan kerja Jorn Utzon, seorang arkitek dari Denmark pada 1957.

Akuarium Sydney yang memelihara lebih 11,000 hidupan laut termasuk jerung dan anjing laut pastinya sesuai untuk kunjungan keluarga terutama kanak-kanak. Mereka pastinya seronok melihat kenakalan anjing laut ketika diberi makanan oleh pelatihnya. Kedudukannya hanya beberapa meter dari Sydney Opera House sekali gus memudahkan anda singgah sebentar di akuarium itu.

Selepas seronok melihat pelbagai jenis ikan, mungkin anda boleh membawa keluarga bermandi manda di pantai Bondi. Selain pemandangan cantik dan pasir memutih, anda berpeluang bermain papan luncur air yang sungguh menyeronokkan.

Mungkin selepas penat anda boleh berehat sebenar di restoran makanan laut di pantai berkenaan sebelum meneruskan perjalanan untuk membeli belah di The Rocks Market dan Paddy’s Market yang menyediakan pelbagai kraftangan dan pakaian dengan harga berpatutan untuk dijadikan buah tangan atau kenang-kenangan.

Anda juga seharusnya tidak melepaskan peluang untuk ke The Australia Reptile Park. Di taman ini, anda boleh menyaksikan pelbagai jenis spesies buaya dari seluruh dunia yang ditempatkan di sini.

Sebenarnya jika anda mengambil keputusan untuk melancong selama tiga hari dua malam di Sydney, tempoh itu tidak mencukupi bagi anda dan keluarga menikmati kelebihan dan keindahan kota metropolitan berkenaan.

Bagaimana ke sana?

Menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menyediakan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney yang mengambil masa perjalanan selama kira-kira lapan jam.

FAKTA: Australia

* Badan Persijilan Halal Australia ditubuhkan pada 1993.
* Persatuan Islam Australia mempunyai ahli seramai 8,000 orang.
* Sydney Opera House berusia lebih 34 tahun dibuka secara rasmi Ratu Elizabeth pada 20 Oktober 1973.
* Pembinaan Sydney Operas House dimulakan pada 1959 membabitkan 10,000 kontraktor dengan perbelanjaan sebantak A$102 juta.
* Lebih 1.2 juta pengunjung melawat Sydney Aquarium setiap tahun.
* Masjid Gallipoli di North Parade Auburn yang bina mengikut reka bentuk Turki adalah masjid terbesar di Australia.
* Masjid Gallipoli dibina pada 1999 membabitkan perbelanjaan sebanyak A$6 juta.
* Paddy’s Market dibina lebih 150 tahun dan peniaga kebanyakannya membabitkan orang Asia.
* The Australia Reptile Park and Wildlife Sanctuary beroperasi sejak 1948.


sumber: http://mazlan66.wordpress.com/2008/02/28/sydney-kota-pelancongan/
Back to top Go down
jutawantours



Posts: 2
DUIT gempakZ: 2
REPUTASI: 0
Join date: 2011-01-12

PostSubject: Re: Tempat Menarik di Western Australia   Wed Jan 12, 2011 4:46 pm

MARI MELANCONG KE PERTH!

Salam! Saya Farrah wakil dari Jutawan Tours, syarikat pelancongan Bumiputra/Muslim bertempatkan di Perth, Australia. Perkhidmatan kami termasuk:

Pakej Homestay: A$60 satu bilik satu malam (max 2 org setiap bilik). Harga pakej termasuk dapur, mesin basuh, TV/DVD, internet dan pelbagai kemudahan lain. Minuman panas & sejuk disediakan secara percuma (tanpa had).

Pakej Hotel: Pakej 5Hari/4Malam atau 4Hari/3Malam di hotel bertaraf 3 bintang (Maklumat lanjut di website www.jutawantours.com). Jika mahu, kami juga boleh uruskan penginapan di hotel bertaraf lebih tinggi.

Sewa kereta: A$75-A$120 (4WD atau 7/8 seater minivan) satu kereta satu hari. Harga sewaan termasuk mileage tanpa had, insurans, GPS, map, dan kerusi bayi (baby seat) jika perlu.

Lawatan (bersama tour guide) dalam kawasan Perth/Swan Valley/Fremantle:
2-4 orang: A$280 (8 jam) / A$140 (4 jam)
5-7 orang: A$350 (8 jam) / A$175 (4 jam)
**Lawatan (bersama tour guide) di luar kawasan Perth (contoh: Lanceline & Pinnacles, Waverocks, Katanning, dll.), bayaran tambahan A$100 diperlukan untuk setiap kumpulan satu kenderaan. Bayaran ini untuk meliputi kos minyak petrol dan makanan tour guide. Had waktu lawatan ialah 10 jam. Selain itu, lawatan (bersama tour guide) bermalam di luar kawasan Perth juga boleh diuruskan.

Jika berminat, sila email jutawantours@gmail.com dengan maklumat berikut (untuk dapatkan quotation/sebut-harga lebih lengkap):
1. Jika sudah beli tiket penerbangan, nyatakan jenis penerbangan, tarikh & waktu tiba di Perth, dan tarikh & waktu berlepas pulang dari Perth.
2. Jumlah peserta (Berapa orang lelaki/wanita, suami/isteri). Jika ada kanak-kanak di bawah 12 tahun, sila nyatakan umur mereka. (Utk penyusunan bilik)
3. Berminat dengan pakej yang mana (hotel atau homestay)? Perlu sewa kereta & pergi melawat sendiri, atau perlukan ketua lawatan?
4. Perlu masak sendiri, penyediaan catering, atau makan di restoran Melayu/Halal?
5. Perlukan perkhidmatan pengangkutan dari/ke airport?

Salah satu rumah yg terlibat dalam Program Homestay kami:



Sekian & salam,
Farrah Bakar
Marketing Representative
www.jutawantours.com


Last edited by jutawantours on Wed Mar 16, 2011 8:23 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
Mr.PiNGu



Posts: 553
DUIT gempakZ: 1510
REPUTASI: 1
Join date: 2010-12-13

PostSubject: Re: Tempat Menarik di Western Australia   Wed Jan 12, 2011 7:48 pm

menarik..

nak gak melawat australia.. tp tunggu cukup budget dlu hihi
Back to top Go down
jutawantours



Posts: 2
DUIT gempakZ: 2
REPUTASI: 0
Join date: 2011-01-12

PostSubject: Re: Tempat Menarik di Western Australia   Wed Jan 12, 2011 9:02 pm

Mr.PiNGu wrote:
menarik..

nak gak melawat australia.. tp tunggu cukup budget dlu hihi

No problem Mr. Pingu. Saya juga baru dpt tahu, kini Air Asia sedang mengadakan promosi:

Penerbangan KUL-PER-KUL berlepas 16 March & pulang 23 Mac atau 24 Mac, hanya RM661.

Utk makluman, pakej-pakej kami antara yg termurah dan kami banyak menerima tempahan. Alhamdulillah setakat ini semua yang pernah menggunakan pakej dan perkhidmatan kami berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan selama mereka berada di Perth. Sila hubungi kami bila sudah bersedia hendak ke Perth, ya Smile

Sekian & salam,
Farrah Bakar
Marketing Representative
www.jutawantours.com
Back to top Go down
Mr.PiNGu



Posts: 553
DUIT gempakZ: 1510
REPUTASI: 1
Join date: 2010-12-13

PostSubject: Re: Tempat Menarik di Western Australia   Wed Jan 12, 2011 9:38 pm

Insya-Allah.. hehe ada rezeki sampai le~~ hihi
Back to top Go down
adiozz



Posts: 39
DUIT gempakZ: 74
REPUTASI: 1
Join date: 2010-05-28

PostSubject: Re: Tempat Menarik di Western Australia   Tue Mar 15, 2011 12:07 am

wah.. best gak kalu dpt melancong disana.. tp duit xde lak.. >.<
Back to top Go down
 

Tempat Menarik di Western Australia

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Alternative impression Western front
» Di Mana Kolej Kejururawatan Tempat Anda Study?
» 50 Info menarik dunia
» cerpen pendek islam yang menarik !
» DIARY OF A POMMIE IN WESTERN AUSTRALIA

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: SEMBANG-SEMBANG :: PENJELAJAHAN NEGARA & DUNIA LUAR-