KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini
Share | 
 

 Resepi masakan Tom yam

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mawar_hijau



Posts: 112
DUIT gempakZ: 229
REPUTASI: 2
Join date: 2010-05-27

PostSubject: Resepi masakan Tom yam   Fri May 28, 2010 8:21 pm



Sapa ada Resepi utk masak Tom Yam dgn sedap seklai sila kongsi ya!. kaalu boleh Mawar nak tahu banyak jenis Tom Yam kalau ada.. apakah ramuan terpenting untuk masak Tom Yam dan step2 dia.. harap kawan2 sudi membantu..

:minum:


TOM YAM (kuah merah)
(yg ni leceh sikit dari kuah jernih kerana kena tumis sket)

Bahan2 kisar

5 - 8 biji lada padi merah
sedikit halia
1 batang serai
1 biji bwg besar
2 ulas bawang putih


Bahan2 lain

Air secukupnya (agak2 laa)
1 btg serai – dititik
sedikit lengkuas- dititik
beberapa daun limau – di koyak2 atau hiris pun boleh
¼ cwn air limau purut atau air limau sambal (ada org pakai air asam – kalau pakai air asam kurangkan qty)
¼ cwn isi ayam
sedikit udang, sotong & fishball
beberapa sayuran (jagung muda, bungakobis, etc)
garam & gula secukupnya

Cara

Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bahan2 kisar hingga naik bau.
Masukkan air, serai & lengkuas dan jus limau, garam & gula. Rasa. Dan biarkan mendidih di atas api sederhana.
Masukkan isi ayam. Birkan kuah mendidih sekali lagi
Masukkan sotong, udang, fishball, sayuran dan limau purut.
Bila semua dah masak.
Matikan api.
Back to top Go down
mawar_hijau



Posts: 112
DUIT gempakZ: 229
REPUTASI: 2
Join date: 2010-05-27

PostSubject: Re: Resepi masakan Tom yam   Fri May 28, 2010 8:23 pm



ni lak resipi tomyam kuah putih.

ayam - potong 12 (atau boleh guna seafood)
fish sauce
sedikit gula
air limau nipis/kasturi atau lemon

bahan A
serai - titik
akar daun ketumbar - bersihkah pasir dan titik
lengkuas - titik
cili padi merah dan hijau - titik
daun limau nipis - koyak2

bahan B
cendawan tiram
cendawan enoki
young corn
carrot
daun ketumbar

bubuh air dalam periuk dan letak kesemua bahan A dalam air hingga mendidih. masukkan ayam atau seafood and let it boil till the meat masak.

masukkan fish sauce dan adjust ikut rasa. masukkan juga sedikit gula jika suka.

bila dah mendidih skali lagi, masukkan semua sayuran dari bahan B. matikan api dan masukkan perahan limau pada kuah tomyam. siap utk dihidang.

p/s: org thai menggunakan fish sauce bagi menggantikan garam dan gula bagi pengganti bahan perasa.
Back to top Go down
mawar_hijau



Posts: 112
DUIT gempakZ: 229
REPUTASI: 2
Join date: 2010-05-27

PostSubject: Re: Resepi masakan Tom yam   Fri May 28, 2010 8:25 pm



Mee Tom Yam Bangi.....

Bahan-Bahan

150 gm mi kuning
100 gm daging ayam
100 gm udang
100 gm sotong
100 gm bunga kobis
1 biji tomato (dibelah)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk) 8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
2 helai daun limau purut
1 biji limau nipis (ambil jus)
Air & garam secukupnya
Minyak masak

Cara:
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan air, daging, serai & cili padi. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sotong, kobis bunga, tomato, bawang besar & pes tomyam. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, garam & air limau nipis. Akhir sekali, masukkan mi & masak selama 3 minit.
Back to top Go down
mawar_hijau



Posts: 112
DUIT gempakZ: 229
REPUTASI: 2
Join date: 2010-05-27

PostSubject: Re: Resepi masakan Tom yam   Fri May 28, 2010 8:28 pm

TOM YAM CAMPUR



Bahan:-
2 mangkuk lauk air rebusan tulang ayam
2 cawan campuran udang,isi ayam dan sotong,kalau nak lauk lebih,boleh tambah
1 batang celery dihiris
6 biji tomato thai [warnanya merah dan bujur]
4 batang serai diketuk
cili padi thai [ikut suka - nak pedas,letak lebih]
2 helai daun limau purut
kicap sotong,gula pasir dan perahan limau nipis ikut rasa

Cara:-
1. Masukkan air rebusan serta udang,sotong,isi ayam dan biar hingga separuh masak
2. Masukkan serai dan tomato yang telah dihiris.Tekan tekan tomato biar hancur.
3. Bila dah masak,masukkan celery dan daun limau purut.Padamkan api.
4. Dalam mangkuk hidangan masukkan gula,kicap sotong dan perahan limau nipis.Masukkan tomyam yang sudah siap tadi.Adjust rasa.Boleh dihidangkan.

Nota: Resepi ni saya belajar dari 'Be He',tukang masak siam yang berasal dari Narathiwat.Tomyam dia memang power.Petuanya gula,kicap sotong dan air limau jgn sesekali dimasukkan dalam tomyam atas api.
Back to top Go down
mawar_hijau



Posts: 112
DUIT gempakZ: 229
REPUTASI: 2
Join date: 2010-05-27

PostSubject: Re: Resepi masakan Tom yam   Fri May 28, 2010 8:29 pm

tom yam santan



bahan ditumis
4 bawang merah - tumbuk
3 bawang putih - tumbuk
1/2 sudu kecil cili boh
1 kiub tomyam
2 batang serai - ketuk
2inci lengkuas - diketuk

1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
daun limau purut
jus lemon

hirisan ayam
hirisan daging
udang
sotong
hirisan cendawan butang

1.setelah bahan tumisan naik bu, masukkan santan, air dan daun limau.biar mendidih
2.masukkan ayam, daging..hingga empuk.
3. masukan udang, sotong dan garam secukupnya.
4. masukkan cendawan dan jus lemon.
Back to top Go down
mawar_hijau



Posts: 112
DUIT gempakZ: 229
REPUTASI: 2
Join date: 2010-05-27

PostSubject: Re: Resepi masakan Tom yam   Fri May 28, 2010 8:31 pm



potek (Sumber dari ninoz).....dari web

bahan2 :
campuran seafood - ketam, lala/kupang dgn kulitnya sekali, isi ikan merah, sotong, udang
straw mushroom - cut lengthwise
stok rebusan tulang ayam/air
hirisan lengkuas
daun limau purut barang 2-3 helai
serai- dititik
cili padi - skett aje sebab nanti last2 kita nak taruk cili padi kering
sos ikan
limau nipis - ambil jusnya
garam n gula secukup rasa [me salu guna gula kelapa..lagi lemak ]
cili padi kering - goreng kejap pastu tos
daun selasih

Didihkan air/stok pastu renihkan lengkuas, serai n daun limau purut sampai rasanya dah mesra n naik bau wanginyerr.. [kadang2 me kuarkan serai n lengkuas dr stok at this point]
pastu masukkan mushroom dan campuran seafood [kecuali udang] n renih kejap..tp jgn overcook, tak best! pastu masukkan cili padi yg telah dititik..then bleh masukkan udang.. renih kejap je then bleh tutup api perisakan dgn sos ikan, garam n gula serta jus limau secukup rasa then masukkan daun selasih pastu bila nak hidang..just taburkan dgn cili padi kering yg dah digoreng dgn sedikit lagi daun selasih

kalau nak makan sotong po tek mcm shida tu..taruk sotong je laa..tapi frankly kan..yg buat po tek ni jadik sgt uuummmphhh! rasa dari ketam n udang

kalau po tek yg kaler merah2 sket tu…that is actually tomyam thalay..both are mix seafood tomyum cuma tomyam thalay ni kita taruk nam phrik pau[pes cili panggang]
Back to top Go down
mawar_hijau



Posts: 112
DUIT gempakZ: 229
REPUTASI: 2
Join date: 2010-05-27

PostSubject: Re: Resepi masakan Tom yam   Fri May 28, 2010 8:32 pm



Kaeng Som

bahan2 ditumbuk: [tumbuk sampai jadik paste..kalau bleh jgn guna blender]
cili padi hijau
cili padi kering
belacan
bawang putih dgn kulit sekali [jenis yg kecik2 tu]
kunyit hidup
garam kasar

nenas masak - dihiris kasar
ikan
garam gula secukup rasa
jus limau nipis
air asam jawa
sos ikan
kalau nak taruk hirisan betik mengkal/muda pun boleh gak

renih bahan tumbuk tu dgn ayaq..jgn taruk semua nanti dah tak bleh adjust kalau pedas sgt
agak2 dah mesra…bubuh nenas n renih lagi.. perisakan dgn jus limau nipis,air asam jawa sos ikan n garam gula secukup rasa then masukkan ikan. once ikan dah masak..tutup api n bleh hidangkan

Kaeng som plak camnih..[ni masam n pedas giler tau..tolong lah adjust cili padi accordingly]
ni kita kasik yg southern style yg guna ikan

nota : utk kaeng som ayam…tambahkan bawang merah n kratchai[kratchai - temu kunci,kalau takde ganti jek dgn halia sket] kepada bahan tumbuk..gaul dgn ayam yg telah dipotong kecil pastu marinate kejap.. panaskan minyak sket pastu tumis kejap ayam tu then tambah air…the rest follow je resepi utk kaeng som ikan
Back to top Go down
 

Resepi masakan Tom yam

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Koleksi Masakan Melayu
» ASAL USUL MASAKAN MINANG
» KONGSI RESIPI....
» ayam kampung vs ayam bandar
» Makanan Eksotik tambah kekuatan spiritual ?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN HOBI :: MAKANAN & RESEPI-