KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini
Share | 
 

 Fitri UNIC dakwa difitnah Isteri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Tomato man



Posts: 267
DUIT gempakZ: 727
REPUTASI: 1
Join date: 2010-05-25

PostSubject: Fitri UNIC dakwa difitnah Isteri   Sat Jul 10, 2010 12:12 am



Saya tidak maafkan dia' (credit : Hmetro)

KUALA LUMPUR: “Saya tidak akan maafkan dia atas fitnah yang dilemparkan melainkan dia betul-betul insaf dan bertaubat,” kata penyanyi nasyid, Mohd Fitri Mohd Haris berhubung dakwaan bekas isteri keduanya kononnya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan sering meminta wang daripada wanita itu.
Bekas anggota kumpulan UNIC berusia 26 tahun itu turut menafikan dakwaan bekas isterinya yang berusia 22 tahun kononnya dia seorang ‘playboy’ sebagaimana disiarkan menerusi sebuah program televisyen Ahad lalu.


Menurut Mohd Fitri, dia amat terkejut apabila dimaklumkan adiknya mengenai pengakuan bekas isterinya itu ketika dia dalam perjalanan ke Batu Pahat bersama keluarga bagi menemani seorang adiknya mendaftar masuk ke sebuah maktab, Ahad lalu.

“Saya mengaku berkahwin dengannya pada 12 Mei 2009 di Songkhla, Thailand sebelum menceraikan isteri pertama sebulan kemudian tetapi kini saya berpendapat apa berlaku termasuk perceraian dengan isteri pertama seolah-olah sudah dirancang.

“Ini kerana semasa berkahwin dengan isteri kedua, semuanya sudah diatur abang ipar dan seorang lagi wanita mengaku sebagai tunangnya. Ketika itu ibu saya sibuk dengan persiapan menunaikan haji. Saya sendiri tidak tahu apa berlaku ke atas saya sehingga sanggup menurut kata-kata mereka dan hanya mengikut mereka sehingga ke Songkhla,” katanya yang ditemui semalam.

Mohd Fitri berkata, sebelum mengenali bekas isteri keduanya itu yang juga peminatnya, hubungannya dengan bekas isteri pertama amat baik tetapi bertukar menjadi benci kerana hasutan wanita itu yang melaga-lagakan mereka berdua. Disebabkan itu dia menceraikan isteri pertamanya.

Mohd Fitri turut menjelaskan dia berhasrat mendaftar perkahwinan di Malaysia tetapi isteri keduanya enggan tanpa memberikan alasan, menyebabkan dia menceraikan wanita itu selepas dua minggu berkahwin.

“Saya hanya sedar sesuatu tidak kena selepas ibu pulang dari Makkah. Sepanjang berkahwin saya hanya menurut kata-kata isteri kedua saya itu termasuk memakai tangkal walaupun saya sedar ia menyalahi akidah. Malah, teman dari kumpulan nasyid saya turut perasan perubahan saya,” katanya.

Mengenai tuduhan dia kerap meminta wang daripada bekas isterinya itu, Mohd Fitri menjelaskan, dia memang ada meminta wang sebanyak RM6,000 kerana seorang rakan membuat laporan polis pada 8 Mac lalu kerana wanita itu dituduh mencuri komputer riba miliknya.

“Itu saja wang yang saya minta kerana saya membayar ganti rugi menggunakan duit sendiri, saya bukan jenis orang yang memeras wang. Saya terpaksa membayar ganti rugi kerana tidak mahu dia ditahan polis.

“Bekas isteri saya sebenarnya pelik, dia mengaku kepada keluarganya bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti tetapi hakikatnya mana ada pensyarah berusia 22 tahun. Dia juga memburukkan nama saya di kalangan keluarganya kononnya saya kerap meminta duit sedangkan saya yang banyak berbelanja untuk menyaranya.

“Selepas dia membuat pendedahan di televisyen, saya berjumpa dan bertanya kenapa dia sanggup berbuat demikian, dia hanya menjawab sebab sakit hati tetapi tidak menyangka membawa kesan buruk kepada nama dan karier saya sehinggakan bapa saya jatuh sakit,” katanya.

Menurutnya, bekas isteri keduanya itu ada menyatakan rasa kesal tetapi keadaan sudah terlambat, namun dia sedia memaafkannya jika wanita itu mahu berubah dan bersedia menceritakan perkara sebenar kepada keluarganya.

“Saya juga ada saksi di kalangan ahli keluarganya untuk membela nama saya dan menjelaskan perkara sebenar. Perkara ini terlalu peribadi untuk dibincangkan tetapi saya terpaksa tampil selepas ramai pihak terutama rakan dan peminat memandang serong terhadap saya,” katanya.
Back to top Go down
 

Fitri UNIC dakwa difitnah Isteri

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Kisah suami isteri...
» Isteri Curang
» Lelaki mahu rai hari jadi, isteri ditahan khalwat
» Anwar dakwa ada perisik Israel di Bukit Aman
» butulkah ada pugai?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-