KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini
Share | .
 

 Koleksi Lirik lagu datuk Siti Nurhaliza

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Tomato man



Posts: 267
DUIT gempakZ: 727
REPUTASI: 1
Join date: 2010-05-25

PostSubject: Koleksi Lirik lagu datuk Siti Nurhaliza   Wed Jul 21, 2010 11:49 pm



Ok nak coretkan sedikit tentang artis kesayangan ramai ni. Datuk Siti Nurhaliza memang tidak dapat dinafikan dengan kehebatan Vokalnya. Cakap saja apa jenis lagu, beliau mampu menyanyikannya dengan gayanya tersendiri dan banyak lagu yang lebih hidup dengan sentuhan Vokalnya yang satu dalam sejuta itu. disamping kehebatan Vokalnya, datuk Siti Nurhaliza dikurniakan paras rupa yang menawan yang bisa mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandangnya.

Keperibadiannya juga terserlah disebalik kelembutan dan sikap rendah diri yang ditonjolkan selama ini. disebabkan sifatnya yang down to earth itulah beliau disayangi ramai dan dikagumi dari dahulu sehingga hari ini. kedudukannya dalam industri seni suara semakin utuh seolah-olah tiada sesiapa mampu menggugat kedudukannya sebagai penyanyi tersohor negara.

Dialah datuk Siti Nurhaliza.. artis terbaik yang pernah dilahirkan oleh industri seni tanahair. 15 tahun sudah bertapak namun dia sentiasa mekar dihati peminat-peminatnya

Ok.. now.. jom sam-sam kongsi lirik lagu datuk Siti Nurhaliza di thread ini. hope jangna posting lirik yang sama ye.. semak dahulu. I love you


Last edited by Tomato man on Wed Jul 21, 2010 11:54 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
Tomato man



Posts: 267
DUIT gempakZ: 727
REPUTASI: 1
Join date: 2010-05-25

PostSubject: Re: Koleksi Lirik lagu datuk Siti Nurhaliza   Wed Jul 21, 2010 11:50 pm

Datuk Siti Nurhaliza - Kurniaan Dalam Samaran
Album pancawarna

Kiambang hanyut ke muara
Perahu pulang ke penambang
Lambat laun kan bersua
Biarpun di gulung gelombang

Dugaan yang tak di sangka
Perpisahan yang dipaksa
Kurniaan yang dalam samaran
Itu yang ku harapkan

Korus

Berpijak pada bumi nyata
Bak miniti jambatan bara
Jalan yang mana harus kami lalui
Jalan lurus mereka halangi

Kita dibiar terapung
Di awangan cinta
Diperbudak-budakkan saja
bagaikan boneka cinta

Kerana kebangsawanan
Dan sandiwara mereka
Dua hati menjadi beku
Rela dilempar ke gurun debu
Walau apa hadapi bersama
Demi cinta...oh...
Cinta kita...
Back to top Go down
Tomato man



Posts: 267
DUIT gempakZ: 727
REPUTASI: 1
Join date: 2010-05-25

PostSubject: Re: Koleksi Lirik lagu datuk Siti Nurhaliza   Wed Jul 21, 2010 11:53 pm

Datuk Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta
Album Tahajud Cinta

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

*
Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Korus
Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

(Ulang *)
(Ulang Korus)
(Ulang *)

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi
Back to top Go down
 

Koleksi Lirik lagu datuk Siti Nurhaliza

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» ŠITÍ - TECHNIKY / RADY
» Senarai Jemaah Menteri Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
» Koleksi Masakan Melayu
» Koleksi Kuih-Muih Traditional
» Koleksi Soalan Peperiksaan UPSR

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: LIRIK LAGU & MINUS ONE-
FOLLOW Komuniti gempakZ

Hit Counter
Close
SPONSOR: INNITY & ADVERLETS
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
SUMBER BERITA:

CARI

UTUSAN

BHARIAN

HARAKAH

SINAR

MALAYSIAKINI

NST

Share

Get Widgets