KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini
Share | .
 

 Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu



Posts: 550
DUIT gempakZ: 1500
REPUTASI: 0
Join date: 2010-12-13

PostSubject: Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan    Tue Mar 01, 2011 1:40 pm



Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah
bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira
Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa
D'Ramo, Bangsar, di sini, Sabtu.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong
Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar
Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid
Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana
rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak
RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas
tujuh dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas
persetujuan kedua-dua belah pihak.



Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200
orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta
kenalan rapat mereka.

Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik
selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta
mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan
perkahwinan.

"Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang
saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus. Kami seperti
mempunyai satu hala tuju yang sama,” tutur Sarah.

Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis
bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami
kepada Sarah.



“Saya harap hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Sarah merupakan
wanita pertama yang membuka hati saya untuk lebih serius dalam hubungan.

"Dia seorang yang sangat istimewa dan bukan mudah untuk saya
dapatkannya. Pernah sekali saya sanggup berhentikan kereta di tepi lebuh
raya semata-mata untuk memberitahu saya cintakan dia.

"Kalau nak tahu dia memang susah nak sebut perkataan sayang atau I Luv
U. Sepanjang setahun tiga bulan perkenalan, hampir setahun saya terpaksa
menunggu untuk dengar perkataan sayang daripada mulutnya," tutur Shuib
sambil mengukir senyuman.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Sarah dan Shuib ingin bercuti ke
negara Ireland, tetapi masih belum tahu tarikh sesuai untuk ke nagara
tersebut. Beralih kepada soal anak, Sarah tidak menolak untuk mempunyai
anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai
kanak-kanak. Sementara itu, bagi majlis resepsi pula, pasangan itu masih
lagi mencari tarikh sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka.


Tahniah Sarah dan Shuib.. pingu minat korang berdua~
Back to top Go down
 

Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Kaifiat Perkahwinan
» ŠITÍ - TECHNIKY / RADY
» Forum XII CC 09 10 Telah Dibuka
» Episode 22: God, Sarah Palin and other failures with guest Victor Stenger
» Selamat Datang ke forum PJJ UM

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
FOLLOW Komuniti gempakZ

Hit Counter
Close
SPONSOR: INNITY & ADVERLETS
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
SUMBER BERITA:

CARI

UTUSAN

BHARIAN

HARAKAH

SINAR

MALAYSIAKINI

NST

Share

Get Widgets