KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini
Share | .
 

 Filem Pertama Gandingan Sarah, Shuib

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu



Posts: 550
DUIT gempakZ: 1500
REPUTASI: 0
Join date: 2010-12-13

PostSubject: Filem Pertama Gandingan Sarah, Shuib   Sat Mar 19, 2011 1:57 am


KUALA LUMPUR 17 Mac - Selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 26 Februari lalu, Siti Sarah Raissuddin, 27, dan Shahmira Muhamad, 27, atau Shuib buat pertama kalinya disatukan dalam sebuah filem berjudul Man Sewel Datang KL. Menurut Shuib, filem itu juga merupakan filem sulung yang dilakonkannya tanpa dua ahli kumpulan Sepah yang lain iaitu Mohd. Noor Murad (Mamat) dan Mohd. Nadzri Zainal Abidi (Jep).

"Saya dapat rasakan kelainan berlakon bersama Sarah kerana lebih selesa setelah bergelar suami isteri. Pergerakan juga tidak terbatas kerana kami berdua memegang watak sebagai suami isteri dalam filem ini. "Ia juga filem solo pertama saya tanpa anggota Sepah. Kebetulan, setiap daripada kami mempunyai projek solo masing-masing," katanya yang ditemui pada sesi penggambaran filem tersebut di Jalan Ampang hari ini.

Tambah Shuib, memandangkan mereka baru sahaja berkahwin, dia begitu mengharapkan agar Sarah sentiasa berada di sisinya, jadi kedua-dua mereka bersetuju menerima tawaran berlakon dalam filem terbitan Work Move Production Sdn. Bhd. itu. Sementara itu Sarah memberitahu, berlakon di samping Shuib memberikannya satu semangat yang lain kerana antara mereka mempunyai satu ikatan yang kuat.

"Walaupun pelakon-pelakon lain turut memberi sokongan dan bantuan, ia tidak sama sekiranya saya mendapat sokongan daripada insan disayangi dan dekat di hati saya. "Bukan setakat filem ini sahaja, kemungkinan saya dan Shuib akan mempertimbangkan untuk berlakon bersama lagi jika diberi peluang," ujar penyanyi yang popular dengan lagu Ke Hujung Dunia itu. Filem genre komedi itu adalah karya Rahman Adam dan ia turut menampilkan Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris serta Fida Ibrahim. Ia bakal menjalani penggambaran selama 27 hari di Raub, Pahang dan juga sekitar Lembah Klang.

sumber: utusan malaysia

I love you
Back to top Go down
 

Filem Pertama Gandingan Sarah, Shuib

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Episode 22: God, Sarah Palin and other failures with guest Victor Stenger
» (Bace jew)Cerita Malam Pertama Bersama Anak Dara!!
» Maksud Nama Bagi Huruf Pertama Nama Anda
» Malam pertama atau Kali pertama?
» adakah buku dan filem Da Vinci Code satu konspirasi?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
FOLLOW Komuniti gempakZ

Hit Counter
Close
SPONSOR: INNITY & ADVERLETS
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
SUMBER BERITA:

CARI

UTUSAN

BHARIAN

HARAKAH

SINAR

MALAYSIAKINI

NST

Share

Get Widgets