KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini
Share | 
 

 Info mengenai Program matrikulasi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu



Posts: 553
DUIT gempakZ: 1510
REPUTASI: 1
Join date: 2010-12-13

PostSubject: Info mengenai Program matrikulasi    Mon Mar 21, 2011 12:43 am

Matrikulasi?
Matrikulasi adalah pembelajaran selama setahun atau dua tahun bagi pelajar lepasan SPM sebelum mereka melangkah ke program Ijazah di universiti.

Adakah Matrikulasi sama dengan STPM dan juga Diploma?
-Matrikulasi mengambil masa setahun atau dua tahun. Ia dikenali sebagai Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun.
-STPM mengambil masa 2 tahun di sekolah (PRA U).
-Diploma pula mengambil masa 2 atau 3 tahun di universiti.
-Ada sesetengah silibus pelajaran di Matrikulasi sama dengan STPM dan Diploma.

Adakah kita akan dapat sijil selepas tamat matrikulasi?
Tidak. Matrikulasi tidak menganugerahkan sijil sebagaimana STPM dan DIPLOMA. Yang diberi nanti adalah slip peperiksaan. Slip ini tidak laku untuk mencari pekerjaan. Ia khas untuk kelayakan ke universiti dalam bidang bidang yang kita pilih kelak. Sijil STPM dan DIPLOMA laku untuk mencari pekerjaan.

Apakah pelajaran di Matrikulasi?
Matrikulasi mempunyai 3 kos. Kos Sains Hayat, Kos Sains Fizikal dan Kos Akaun.
Pelajaran teras Kos Sains Hayat: Biologi, Matematik dan Kimia.
Pelajaran teras Kos Sains Fizikal: Fizik, Matematik dan Kimia
Pelajaran Kos Akaun: Matematik, Akaun, dan Ekonomi.

Terdapat juga 2 lagi tambahan subjek pilihan kolej matrikulasi yang mesti diikuti. Jangan bimbang, ia tidak membebankan.

Adakah kaedah pembelajaran di matrikulasi sama dengan pembelajaran di sekolah? Kuliah
Tidak. Ia berbeza. Matrikulasi mempunyai pembelajaran KULIAH dan kelas TUTORIAL. KULIAH adalah waktu pembelajaran topik yang baru. Kelas TUTORIAL adalah waktu mengukuhkan pemahaman pembelajaran di KULIAH tadi melalui buku latihan atau soalan dari pensyarah. Pada masa yang sama, setiap minggu ada kelas KO KURIKULUM. Yang pasti, masa di matrikulasi adalah PADAT. Anda perlu mengejar masa untuk mengulangkaji pelajaran.

Bagaimana markah setiap pelajaran dikira?
Markah dikira dalam bentuk Gred PNGK. Gred yang paling tinggi adalah 4 PNGK. PNGK dikira berdasarkan markah 0%-100% bagi setiap pelajaran (sama seperti sekolah). Cuma keputusan rasmi matrikulasi dalam bentuk PNGK.

Bagaimanakah pembelajaran di matrikulasi?
Bergantung kepada kelas kelas yang dibahagikan oleh pihak kolej. Secara amnya, kelas mula pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 4 petang. Ada juga ruang masa rehat dan waktu belajar habis awal. Itu bergantung pada jadual anda. Lebih kurang 2 atau 3 'Assignment/homework' diberikan setiap hari.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengekalkan Gred PNGK yang baik?
Anda mesti rajin. hargai masa, tidak boleh bertangguh dan tahu teknik belajar yang betul. Matrikulasi tidak sama dengan sekolah. Nota sendiri perlu ada dan mestilah teratur. Buatlah peta minda untuk setiap bab bagi subjek subjek yang dipelajari. Buat 'study group' sekiranya tidak faham sesuatu topik. Waktu malam adalah waktu yang sesuai mengulangkaji dan menyiapkan 'assignment/homework'. Terpulang kepada anda waktu mana yang anda selesa.

Apakah Gred PNGK yang baik?
3 PNGK ke atas. Yang paling baik adalah 4 PNGK (4 Flat).

Matrikulasi menyebabkan pelajar 'gila'?
Tidak. Apa yang saya sebut tadi, jika belajar dengan teknik yang betul, anda tidak akan rasa susah. NOTA SENDIRI YANG TERATUR perlu ada. Melainkan anda seorang yang genius. Terdapat pelajar matrikulasi yang genius, tidak perlu nota atau latihan yang banyak, mereka mampu mendapatkan gred PNGK yang baik. Tetapi, mereka minoriti. Fikirlah anda di dalam keadaan yang mana.

Tips lain untuk belajar?
Belajarlah mengikut 'learning objective/outcome'. Buat NOTA PETA MINDA berasaskan 'learning objective'. Dalam peperiksaan semester, lebih kurang 90% soalan dari 'learning objective/outcome' masuk dalam peperiksaan. Lagi 10% soalan kadangkala terkeluar dari silibus. Selalunya Gred PNGK akan turun sekiranya keadaan itu berlaku. Kertas soalan dibuat oleh pihak universiti, bukan kolej matrikulasi.

Tiada kehidupan seronok di matrikulasi?
Waktu Riadah dan Ko kurikulum
Sudah pasti ada. Bukan anda seorang yang mengalami masalah pelajaran di matrikulasi, orang lain juga turut bermasalah. Walaupun masa di matrikulasi agak padat, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan setiap hari untuk melepaskan stress. Tambah tambah lagi di hujung minggu. Jawatankuasa Pelajar dan kelab ko-k kerap menganjurkan pertandingan. Tapi, awas! Jangan sampai berlebihan sehingga selalu mengganggu waktu ulangkaji anda. Program dakwah dari masjid atau surau matrikulasi turut juga ada hampir setiap hari.

Apakah perbezaan Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT)?
Pelajar Program Dua Tahun sebenarnya khusus kepada pelajar SPM yang memperoleh keputusan yang agak kurang baik. Pada masa yang sama, pelajar rayuan matrikulasi juga terus ditempatkan di PDT. Walaupun begitu, itu bukan syarat utama untuk menjadi pelajar PDT. Pelajar PST juga boleh menjadi pelajar PDT dengan mengemukakan rayuan. Tetapi, tindakan perlulah dilakukan awal semester 1. Bilangan pelajar PDT sebenarnya sangat sedikit dalam kolej matrikulasi.

Bagaimana kehidupan pelajar PDT?
Mereka lebih relaks berbanding pelajar PST. Jadual mereka tidak padat untuk tahun pertama. Pada tahun pertama, mereka mempelajari lebih kurang 50 % silibus pelajaran pelajaran PST. Apabila mereka masuk tahun kedua, mereka akan belajar mengikut sistem pembelajaran pelajar PST. Ramai di kalangan mereka mendapat PNGK yang baik untuk peperiksaan semester. Pelajar Kos Akaun juga lebih relaks walaupun mereka PST.

Bagaimana dengan pensyarah?
Ada yang ramah, baik, tegas dan garang. Bergantung.

Bercinta di Matrikulasi?
Selalunya keputusan anda akan hancur nanti. Elakkan.

Peperiksaan Semester
Sekiranya saya gagal (PNGK<2.00) dalam peperiksaan semester, apa akan terjadi?
Anda tidak berkelayakan masuk ke universiti (Peraturan Matrikulasi). Sekiranya PNGK anda melebihi 2.00, anda boleh mengulang program matrikulasi. PNGK yang melebihi 2.00 masih layak untuk permohonan universiti, tetapi anda mudah dapat kos-kos 'lelong'.Amatlah rugi sekiranya berlaku begitu. Orang lain boleh cemerlang, mengapa pulak kita boleh gagal?

Kesimpulannya?
Belajarlah bersungguh sungguh dan buat yang terbaik di matrikulasi. Anda perlu berkorban untuk 'Satu Tahun' sahaja bagi pelajar PST. Bagi pelajar PDT, tempoh masa adalah dua tahun. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Yang penting, 'study smart, not study hard'. Mengulangkaji dengan menyelak buku atau nota pensyarah tanpa NOTA SENDIRI sebenarnya tidak berkesan di matrikulasi (begitu juga di universiti). Ia menyebabkan anda lebih tertekan. 3 pembelajaran berkesan adalah penglihatan, pendengaran dan penulisan nota.

sumber: http://beritakiny.blogspot.com/2010/12/a...ulasi.html

Back to top Go down
abc1234



Posts: 2
DUIT gempakZ: 2
REPUTASI: 0
Join date: 2011-04-01

PostSubject: Re: Info mengenai Program matrikulasi    Fri Apr 01, 2011 10:25 am

mcm mana nk mengulang program matriks??
Back to top Go down
abc1234



Posts: 2
DUIT gempakZ: 2
REPUTASI: 0
Join date: 2011-04-01

PostSubject: Re: Info mengenai Program matrikulasi    Fri Apr 01, 2011 10:28 am

mcm mana nk mengulang program matriks??
Back to top Go down
Mr.PiNGu



Posts: 553
DUIT gempakZ: 1510
REPUTASI: 1
Join date: 2010-12-13

PostSubject: Re: Info mengenai Program matrikulasi    Fri Apr 01, 2011 10:45 pm

abc1234 wrote:
mcm mana nk mengulang program matriks??

owh kenapa nak mengulang ek? sb gagal ke? saya tak pasti.. sebelum ni syarat ke matrikulasi memang ketat.. kalau gagal semesta pertama akan dibuang terus.. saya tak pasti kalu nak ulang semula.. maybe bleh isi borang dan apply semula.. but sy xpasti matrikulasi ni terima tak result spm tahun2 yg sudah lama.. Sleep
Back to top Go down
 

Info mengenai Program matrikulasi

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» mengenai malaria
» Rahsia Score 4 Flat matrikulasi, kongsi di sini
» Client info
» 50 Info menarik dunia
» Cayenne Pepper Info

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN ILMU :: PENDIDIKAN-