KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini
Share | .
 

 Tiga beradik dikhuatiri lemas di hulu bendul Kuala Pilah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu



Posts: 550
DUIT gempakZ: 1500
REPUTASI: 0
Join date: 2010-12-13

PostSubject: Tiga beradik dikhuatiri lemas di hulu bendul Kuala Pilah   Wed May 04, 2011 6:01 pm


ANGGOTA penyelamat mencari tiga beradik yang dihanyut arus deras di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah semalam.


KUALA PILAH - Tiga beradik dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini semalam.

Mangsa yang hilang ialah Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang, bapa kepada tiga kanak-kanak malang itu, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an sempat diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan perkelahan itu. Syed Ahmad dan Alwani dirawat di Hospital Kuala Pilah di sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis meneruskan usaha mencari tiga beradik itu. Difahamkan semasa kejadian ibu kepada tiga beradik itu, Wan Azlela Wan Abdullah, 27, yang tinggal di Taman Marinda, Senawang tiada di tempat kejadian kerana telah bercerai dengan Syed Ahmad.

Syed Ahmad didakwa telah menjemput anak-anaknya yang dijaga oleh Wan Azlela di Taman Jasmin, Senawang untuk dibawa berkelah ke air terjun itu. Seorang saksi, Turiman Bostam, 42, berkata, semasa kejadian dia berjalan menyusur sungai di situ dalam keadaan hujan renyai-renyai sebelum terkejut melihat arus deras dari arah hulu sungai.

PINGU: Korang hati2 kalau mandi jeram ke ataupun air terjun sebab kes air deras dari puncak gunung / Hulu sungai ni biasa meragut nyawa kalau korang xsempat menyelamatkan diri.. Orang panggil Air BAH
Back to top Go down
 

Tiga beradik dikhuatiri lemas di hulu bendul Kuala Pilah

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
» International Medical University, Kuala Lampur, Malaysia
» MME 2010 Conferece in Taiwan and 2011 IBMBS Conference in Kuala Lumpur
» Kisah tiga anak dara
» 17 August 09 - Kuala Lumpur - Malaysia: Islamic Wealth Management & Financial Planning Conference

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
FOLLOW Komuniti gempakZ

Hit Counter
Close
SPONSOR: INNITY & ADVERLETS
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
SUMBER BERITA:

CARI

UTUSAN

BHARIAN

HARAKAH

SINAR

MALAYSIAKINI

NST

Share

Get Widgets